Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil

Monday 8 August 2011

Aktiviti dan Program Pusat Sumber Sekolah

Seperti tahun-tahun sebelum ini,Pusat Sumber Sekolah(PSS) SMK Bukit Jalil telah dan akan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk faedah semua warga sekolah. Antara program dan aktiviti yang dijalankan ialah :

1)PROGRAM ''10 MINIT MEMBACA SEBELUM PERHIMPUNAN PAGI''
Program ini adalah satu strategi untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca dalam kalangan warga SMKBJ. Program ini dijalankan di tapak perhimpunan SMK Bukit Jalil sepanjang sesi persekolahan. Program ini dapat memupuk semangat serta minat membaca dalam kalangan pelajar. Selain itu, program ini juga dapat membantu dalam mengurangkan masalah disiplin pelajar kerana masa yang terluang diisi dengan perkara yang berfaedah.

2)PERTANDINGAN MENULIS CERPEN

Program ini adalah satu strategi untuk meningkatkan minat warga SMKBJ dalam bidang penulisan yang boleh mewujudkan tabiat membaca dan budaya membaca dalam kalangan pelajar SMK Bukit Jalil. Program ini dijalankan di SMK Bukit Jalil sepanjang Bulan PSS.Program ini dapat memupuk minat dalam bidang penulisan dalam diri kalangan pelajar. Selain itu, program ini juga dapat membantu dalam meningkatkan gaya bahasa para pelajar.
3)PERTANDINGAN MENCIPTA KULIT BUKU
Program ini adalah satu strategi untuk menarik minat warga sekolah khususnya para pelajar untuk mengenali fungsi Pusat Sumber Sekolah yang pelbagai dengan lebih mendalam.
Pertandingan ini dijalankan di SMK Bukit Jalil dalam tempoh yang ditetapkan semasa Bulan PSS. Program ini dapat menarik minat pelajar untuk mencari ilmu pengetahuan dengan amalan membaca. Selain itu, pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat dan meningkatkan kreativiti dan kemahiran berfikir pelajar.
4)PERTANDINGAN BUKU SKRAP 1 MALAYSIA
Program ini adalah satu strategi untuk meningkatkan minat warga SMKBJ dalam bidang seni. Pertandingan ini dijalankan di SMK Bukit Jalil dalam tempoh yang ditetapkan semasa Bulan PSS. Program ini melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti yang diaturkan oleh PSS SMK Bukit Jalil. Selain itu,Aktiviti ini dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar.


Antara buku skrap yang dihasilkan

5)PERTANDINGAN KEMBARA ILMU(EXPLORACE)
Program ini adalah satu strategi untuk meningkatkan minat warga SMKBJ untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat untuk pencarian ilmu. Seterusnya menjadikan warga SMKBJ sebagai warga sekolah yang cemerlang, berkualiti dan berilmu.Program ini dijalankan di sekitar SMK Bukit Jalil pada tarikh yang ditetapkan semasa Bulan PSS. Program ini dapat memupuk semangat berkumpulan dan kerjasama dalam diri para pelajar. Selain itu, program ini melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti yang diaturkan oleh PSS SMK Bukit Jalil.


 
Pelajar mendengar arahan serta penerangan sebelum memulakan pertandingan


Para peserta mendengar arahan daripada pengawas PSS di salah sebuah checkpoint

Pelajar mendapatkan tandatangan daripada penjaga checkpoint setelah menyelesaikan tugasan di checkpoint tersebut.

Antara aktiviti atau tugasan yang perlu diselesaikan oleh para peserta Pertandingan Kembara Ilmu.

Peserta ditugaskan untuk membuat bakul menggunakan bahan terbuang yang boleh dikitar semula iaitu surat khabar.
.

Wednesday 3 August 2011

Info Pusat Sumber Sekolah

Matlamat Pusat Sumber Sekolah
  •  Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  •  Membentuk golongan murid yang berilmu,kreatif dan  berdisiplin untuk membentuk sahsiah murid-murid
  •  agar dapat memainkan peranan yang positif.
  •  Membentuk profesion perguruan yang berilmu,dinamis,kreatif,inovatif dan berdisiplin untuk membantu
  •  pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan
  •  negara,bangsa dan agama.

Misi Pusat Sumber Sekolah
Berpadu tenaga menjadikan PSS SMKBJ cemerlang dan berkualiti dalam menjadikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai pusar penyebaran ilmu dan agen pengesanan maklumat yang efisien dan efektif.

Visi Pusat Sumber Sekolah
Melahirkan warga SMKBJ yang cemerlang dari segi akademik,kokurikulum,berdisiplin,berakhlak mulia dan berketrampilan seiring dengan era globalisasi teknologi maklumat.

Objektif Pusat Sumber Sekolah
  • Menyediakan pelbagai sumber bagi kemudahan warga SMKBJ.
  • Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber pengajaran dan  pembelajaran.
  • Meningkatkan profesionalisme guru.
  • Mengumpul,menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
  • Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.