Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil

Friday 6 June 2014

Explorace

Pada bulan lepas, sempena bulan Pusat Sumber Sekolah, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan membaca akhbar dan lain lain.

Dan salah satu aktiviti yang diadakan ialah Explorace.
Explorace melibatkan semua pengawas Pusat Sumber sekolah dan 11 buah kumpulan yang terdiri dari sama ada Lower Form atau Upper Form.

Explorace terbahagi kepada 6 checkpoint.

CP1: Raw Eggs ( Peserta diminta untuk me'nikmati' sebiji telur mentah.
CP2: Cross Under The String ( Peserta diminta melalui di bawah sebuah tali)
CP3: Cups From Hell (Peserta diminta me'nikmati' secawan minuman hasil campuran dari makanan seperti bawang, timun,tomato dan sebagainya.
CP4: Sweets In Flour( Peserta diminta untuk mencari gula gula yang berwarna putih di dalam tepung)
CP5: Puzzle ( Peserta diminta memasuki sebuah bilik yang gelap dan mencari kepingan puzzle yang disembunyi oleh pengawas PSS dalam masa 1minit.
CP6: Pass the Marble ( Peserta diminta beratur dalam barisan dan passkan sebiji guli di dalam sudu ke sudu rakan mereka yang lain dalam masa 1 minit.

Setiap checkpoint bernilai 15 markah. Jika tidak sempat menghabiskan tugasan dalam masa seminit, markah akan ditolak.

CP1: Terletak di dewan
CP2: Terletak di kawasan surau
CP3: Terletak di Foyer belakang
CP4: Terletak di kantin
CP5: Terletak di bilik media dan PSS
CP6: Terletak di dewan

Pemenang Explorace: T- Junctions (Kumpulan 11 )

Tahniah bagi pemenang.