Matlamat Pusat Sumber Sekolah
- Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
- Membentuk golongan murid yang berilmu,kreatif dan berdisiplin untuk membentuk sahsiah murid-murid
- agar dapat memainkan peranan yang positif.
- Membentuk profesion perguruan yang berilmu,dinamis,kreatif,inovatif dan berdisiplin untuk membantu
- pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan
- negara,bangsa dan agama.
Misi Pusat Sumber Sekolah
Berpadu tenaga menjadikan PSS SMKBJ cemerlang dan berkualiti dalam menjadikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai pusar penyebaran ilmu dan agen pengesanan maklumat yang efisien dan efektif.
Visi Pusat Sumber Sekolah
Melahirkan warga SMKBJ yang cemerlang dari segi akademik,kokurikulum,berdisiplin,berakhlak mulia dan berketrampilan seiring dengan era globalisasi teknologi maklumat.
Objektif Pusat Sumber Sekolah
- Menyediakan pelbagai sumber bagi kemudahan warga SMKBJ.
- Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran.
- Meningkatkan profesionalisme guru.
- Mengumpul,menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
- Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
Guru Penasihat
-Puan Aidahapini (Penyelaras)
-Puan Lee Huay Lin (Nilam)
-Puan Nor Sabiana (Bilik Media)
-Puan Siti Aida (Penyelaras Bestari)
-Puan Thien Ai Ping (Perpustakaan dan Bilik Media)
-Cik Rosmaniza (Keceriaan dan Data Nilam)
Ahli Jawatankuasa(Pelajar)
Pengerusi : Siva Sankarie
Naib Pengerusi I : Liyana Natasya
Naib Pengerusi II : Shahinaaz
Disiplin : Suhaila
Keceriaan : Nor Khairina
Promosi : Anis Hamizah
Pemprosesan Akhbar dan Majalah : Darien Goh
Bilik Media : Calvin Chow
Inventori: Ee Hui Min
Pemprosesan Bahan : Vinoshini
a. Dilarang membawa beg ke dalam pusat sumber sekolah.
b. Dilarang membawa makanan atau minuman ke dalam Pusat Sumber Sekolah.
b. Para pengguna hendak berpakaian kemas semasa berada di pusat sumber.
c. Para pengguna dilarang membuat bising atau mengganggu ketenteraman ketika
berada di pusat sumber.
d. Kerusi disusun dengan kemas selepas digunakan.
e. Pastikan tiada sampah ditinggalkan selepas menggunakan pusat sumber.
d. Buku-buku yang dibaca haruslah disimpan di tempat yang asal.
e. Hanya pelajar yang mempunyai kad pintar boleh meminjam buku.
f. Buku-buku yang dipinjam haruslah dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Blog Pusat Sumber SMK Bukit Jalil telah didirikan pada 19 Julai 2011.
Pusat Sumber Sekolah ialah tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan pelajar.
Objektif Penubuhan Pusat Sumber Sekolah :
i. menyediakan buku-buku atau rujukan yang diperlukan oleh guru-guru dan -pelajar-pelajar.
ii. menyediakan alat -alat bantu mengajar seperti televisyen dan radio untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
iii. menyediakan tempat yang kondusif untuk pelajar membuat ulang kaji mahupun rujukan.