Pihak Perpustakaan Negara telah memberikan taklimat berkenaan penggunaan perkhidmatan yang terdapat di sana.Kami telah didedahkan tentang cara pencarian maklumat yang dapat membantu pelajar-pelajar pada masa akan datang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil
Thursday, 12 April 2012
LAWATAN KE PERPUSTAKAAN NEGARA
Pada 27/3/2012 yang lepas,Lembaga Pengawas PSS dengan diiringi dua orang guru pusat sumber telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Negara.
Pihak Perpustakaan Negara telah memberikan taklimat berkenaan penggunaan perkhidmatan yang terdapat di sana.Kami telah didedahkan tentang cara pencarian maklumat yang dapat membantu pelajar-pelajar pada masa akan datang.
Pihak Perpustakaan Negara telah memberikan taklimat berkenaan penggunaan perkhidmatan yang terdapat di sana.Kami telah didedahkan tentang cara pencarian maklumat yang dapat membantu pelajar-pelajar pada masa akan datang.
Monday, 8 August 2011
Aktiviti dan Program Pusat Sumber Sekolah
Seperti tahun-tahun sebelum ini,Pusat Sumber Sekolah(PSS) SMK Bukit Jalil telah dan akan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk faedah semua warga sekolah. Antara program dan aktiviti yang dijalankan ialah :
1)PROGRAM ''10 MINIT MEMBACA SEBELUM PERHIMPUNAN PAGI''
Program ini adalah satu strategi untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca dalam kalangan warga SMKBJ. Program ini dijalankan di tapak perhimpunan SMK Bukit Jalil sepanjang sesi persekolahan. Program ini dapat memupuk semangat serta minat membaca dalam kalangan pelajar. Selain itu, program ini juga dapat membantu dalam mengurangkan masalah disiplin pelajar kerana masa yang terluang diisi dengan perkara yang berfaedah.
2)PERTANDINGAN MENULIS CERPEN
Program ini adalah satu strategi untuk meningkatkan minat warga SMKBJ dalam bidang penulisan yang boleh mewujudkan tabiat membaca dan budaya membaca dalam kalangan pelajar SMK Bukit Jalil. Program ini dijalankan di SMK Bukit Jalil sepanjang Bulan PSS.Program ini dapat memupuk minat dalam bidang penulisan dalam diri kalangan pelajar. Selain itu, program ini juga dapat membantu dalam meningkatkan gaya bahasa para pelajar.
3)PERTANDINGAN MENCIPTA KULIT BUKU
Program ini adalah satu strategi untuk menarik minat warga sekolah khususnya para pelajar untuk mengenali fungsi Pusat Sumber Sekolah yang pelbagai dengan lebih mendalam.
Pertandingan ini dijalankan di SMK Bukit Jalil dalam tempoh yang ditetapkan semasa Bulan PSS. Program ini dapat menarik minat pelajar untuk mencari ilmu pengetahuan dengan amalan membaca. Selain itu, pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat dan meningkatkan kreativiti dan kemahiran berfikir pelajar.

4)PERTANDINGAN BUKU SKRAP 1 MALAYSIA
Program ini adalah satu strategi untuk meningkatkan minat warga SMKBJ dalam bidang seni. Pertandingan ini dijalankan di SMK Bukit Jalil dalam tempoh yang ditetapkan semasa Bulan PSS. Program ini melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti yang diaturkan oleh PSS SMK Bukit Jalil. Selain itu,Aktiviti ini dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar.
![]() |
| Antara buku skrap yang dihasilkan |
5)PERTANDINGAN KEMBARA ILMU(EXPLORACE)
Program ini adalah satu strategi untuk meningkatkan minat warga SMKBJ untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat untuk pencarian ilmu. Seterusnya menjadikan warga SMKBJ sebagai warga sekolah yang cemerlang, berkualiti dan berilmu.Program ini dijalankan di sekitar SMK Bukit Jalil pada tarikh yang ditetapkan semasa Bulan PSS. Program ini dapat memupuk semangat berkumpulan dan kerjasama dalam diri para pelajar. Selain itu, program ini melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti yang diaturkan oleh PSS SMK Bukit Jalil.

| Pelajar mendengar arahan serta penerangan sebelum memulakan pertandingan |
![]() |
| Para peserta mendengar arahan daripada pengawas PSS di salah sebuah checkpoint |
![]() |
Pelajar mendapatkan tandatangan daripada penjaga checkpoint setelah menyelesaikan tugasan di checkpoint tersebut. |
![]() |
Antara aktiviti atau tugasan yang perlu diselesaikan oleh para peserta Pertandingan Kembara Ilmu. |
![]() |
Peserta ditugaskan untuk membuat bakul menggunakan bahan terbuang yang boleh dikitar semula iaitu surat khabar. |
Wednesday, 3 August 2011
Info Pusat Sumber Sekolah
Matlamat Pusat Sumber Sekolah
Misi Pusat Sumber Sekolah
Berpadu tenaga menjadikan PSS SMKBJ cemerlang dan berkualiti dalam menjadikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai pusar penyebaran ilmu dan agen pengesanan maklumat yang efisien dan efektif.
Visi Pusat Sumber Sekolah
Melahirkan warga SMKBJ yang cemerlang dari segi akademik,kokurikulum,berdisiplin,berakhlak mulia dan berketrampilan seiring dengan era globalisasi teknologi maklumat.
Objektif Pusat Sumber Sekolah
- Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
- Membentuk golongan murid yang berilmu,kreatif dan berdisiplin untuk membentuk sahsiah murid-murid
- agar dapat memainkan peranan yang positif.
- Membentuk profesion perguruan yang berilmu,dinamis,kreatif,inovatif dan berdisiplin untuk membantu
- pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan
- negara,bangsa dan agama.
Misi Pusat Sumber Sekolah
Berpadu tenaga menjadikan PSS SMKBJ cemerlang dan berkualiti dalam menjadikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai pusar penyebaran ilmu dan agen pengesanan maklumat yang efisien dan efektif.
Visi Pusat Sumber Sekolah
Melahirkan warga SMKBJ yang cemerlang dari segi akademik,kokurikulum,berdisiplin,berakhlak mulia dan berketrampilan seiring dengan era globalisasi teknologi maklumat.
Objektif Pusat Sumber Sekolah
- Menyediakan pelbagai sumber bagi kemudahan warga SMKBJ.
- Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran.
- Meningkatkan profesionalisme guru.
- Mengumpul,menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
- Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
Thursday, 28 July 2011
Ahli Jawatankuasa Tertinggi PSS 2011
Guru Penasihat
-Puan Aidahapini (Penyelaras)
-Puan Lee Huay Lin (Nilam)
-Puan Nor Sabiana (Bilik Media)
-Puan Siti Aida (Penyelaras Bestari)
-Puan Thien Ai Ping (Perpustakaan dan Bilik Media)
-Cik Rosmaniza (Keceriaan dan Data Nilam)
Ahli Jawatankuasa(Pelajar)
Pengerusi : Siva Sankarie
Naib Pengerusi I : Liyana Natasya
Naib Pengerusi II : Shahinaaz
Disiplin : Suhaila
Keceriaan : Nor Khairina
Promosi : Anis Hamizah
Pemprosesan Akhbar dan Majalah : Darien Goh
Bilik Media : Calvin Chow
Inventori: Ee Hui Min
Pemprosesan Bahan : Vinoshini

Monday, 18 July 2011
Peraturan Pusat Sumber Sekolah
a. Dilarang membawa beg ke dalam pusat sumber sekolah.
b. Dilarang membawa makanan atau minuman ke dalam Pusat Sumber Sekolah.
b. Para pengguna hendak berpakaian kemas semasa berada di pusat sumber.
c. Para pengguna dilarang membuat bising atau mengganggu ketenteraman ketika
berada di pusat sumber.
d. Kerusi disusun dengan kemas selepas digunakan.
e. Pastikan tiada sampah ditinggalkan selepas menggunakan pusat sumber.
d. Buku-buku yang dibaca haruslah disimpan di tempat yang asal.
e. Hanya pelajar yang mempunyai kad pintar boleh meminjam buku.
f. Buku-buku yang dipinjam haruslah dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan.

PSS SMK Bukit Jalil
Blog Pusat Sumber SMK Bukit Jalil telah didirikan pada 19 Julai 2011.
Pusat Sumber Sekolah ialah tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan pelajar.
Objektif Penubuhan Pusat Sumber Sekolah :
i. menyediakan buku-buku atau rujukan yang diperlukan oleh guru-guru dan -pelajar-pelajar.
ii. menyediakan alat -alat bantu mengajar seperti televisyen dan radio untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
iii. menyediakan tempat yang kondusif untuk pelajar membuat ulang kaji mahupun rujukan.

Subscribe to:
Posts (Atom)