Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil

Friday, 24 January 2014

Pengawas Percubaan PSS Tahun 2014

Temuduga untuk Perlantikan Pengawas Percubaan Pss Tahun 2014 telah diadakan pada bulan Januari. Calon- calon Pengawas Percubaan ini telah ditemuduga oleh beberapa pengawas yang mempunyai jawatan tertinggi dan guru- guru Lembaga Pengawas Pss. Tahniah diucapkan kepada calon- calon Pengawas Percubaan Pss Tahun 2014.

Senarai nama Pengawas Percubaan Tahun 2014

Muhd Afiq - 5 Utarid
Erra Natasha~ 5 Musytari
Nur Ikhmal bin Rosdi - 5 Utarid
Alia Izzati ~ 5 Musytari
Siti Farah - 4 Musytari
Farah Atikah Yasmin ~ 3 Marikh
Fareesha Ezlyn - 3 Bumi
Mika Tham Ka Yee ~ 2 Bumi
Muhammad Harith - 2 Musytari
Ong Kan Xien ~ 2 Bumi
Muhd Firdaus - 2 Bumi
Emilie Clare Augustin ~ 2 Zuhrah
Someshwaran - 2 Bumi
Lee Hui Ying ~ 2 Bumi
Muhammad Asyraf - 2 Musytari
Chow Mun Chee ~ 2 Zuhrah
Syed Muhammad Faiz - 1 Marikh
Muhd Syafiq ~ 1 Marikh
Muhammad Irfan - 1 Marikh
Muhammad Faliq ~ 1 Bumi
Muhammad Haiqall / Haiqael - 1 Musytari
Karthikeyan ~ 1 Utarid
Muhd Asyraf - 1 Marikh

Kata- kata Motivasi hari ini:

“Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya.”  -Albert Einstein

Sunday, 29 July 2012

Bulan PSS 2012

Pada tahun ini,Bulan PSS SMK Bukit Jalil bermula dari 9/4/2012 sehingga  30 / 04 /2012.

Seperti tahun-tahun sebelumnya,pelbagai aktiviti menarik telah diadakan.

Antaranya ialah :
-Pertandingan Mengarang Cerita Pendek(Cerpen)
-Pertandingan Mencipta Kulit Buku
-Pertandingan Membuat Buku Skrap
-Pertandingan Membaca Berita
-Pertandingan Kembara Ilmu(Explorace)







 


Gambar-gambar aktiviti serta penyampaian hadiah sempena Bulan PSS 2012











Saturday, 14 July 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012

Pada 27 Februari 2012,Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan.Bersempena dengan itu juga,Buletin PSS keluaran 1/2012 telah dikeluarkan.


Pengawas PSS mengedarkan Buletin PSS & bahan bacaan kepada guru-guru

Guru-guru membaca bahan yang diedarkan


Ucapan perasmian oleh Pengetua


 

Thursday, 12 April 2012

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN NEGARA

Pada 27/3/2012 yang lepas,Lembaga Pengawas PSS dengan diiringi dua orang guru pusat sumber telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Negara.

Pihak Perpustakaan Negara telah memberikan taklimat berkenaan penggunaan perkhidmatan yang terdapat di sana.Kami telah didedahkan tentang cara pencarian maklumat yang dapat membantu pelajar-pelajar pada masa akan datang.









Monday, 8 August 2011

Aktiviti dan Program Pusat Sumber Sekolah

Seperti tahun-tahun sebelum ini,Pusat Sumber Sekolah(PSS) SMK Bukit Jalil telah dan akan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk faedah semua warga sekolah. Antara program dan aktiviti yang dijalankan ialah :

1)PROGRAM ''10 MINIT MEMBACA SEBELUM PERHIMPUNAN PAGI''
Program ini adalah satu strategi untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca dalam kalangan warga SMKBJ. Program ini dijalankan di tapak perhimpunan SMK Bukit Jalil sepanjang sesi persekolahan. Program ini dapat memupuk semangat serta minat membaca dalam kalangan pelajar. Selain itu, program ini juga dapat membantu dalam mengurangkan masalah disiplin pelajar kerana masa yang terluang diisi dengan perkara yang berfaedah.

2)PERTANDINGAN MENULIS CERPEN

Program ini adalah satu strategi untuk meningkatkan minat warga SMKBJ dalam bidang penulisan yang boleh mewujudkan tabiat membaca dan budaya membaca dalam kalangan pelajar SMK Bukit Jalil. Program ini dijalankan di SMK Bukit Jalil sepanjang Bulan PSS.Program ini dapat memupuk minat dalam bidang penulisan dalam diri kalangan pelajar. Selain itu, program ini juga dapat membantu dalam meningkatkan gaya bahasa para pelajar.
3)PERTANDINGAN MENCIPTA KULIT BUKU
Program ini adalah satu strategi untuk menarik minat warga sekolah khususnya para pelajar untuk mengenali fungsi Pusat Sumber Sekolah yang pelbagai dengan lebih mendalam.
Pertandingan ini dijalankan di SMK Bukit Jalil dalam tempoh yang ditetapkan semasa Bulan PSS. Program ini dapat menarik minat pelajar untuk mencari ilmu pengetahuan dengan amalan membaca. Selain itu, pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat dan meningkatkan kreativiti dan kemahiran berfikir pelajar.
4)PERTANDINGAN BUKU SKRAP 1 MALAYSIA
Program ini adalah satu strategi untuk meningkatkan minat warga SMKBJ dalam bidang seni. Pertandingan ini dijalankan di SMK Bukit Jalil dalam tempoh yang ditetapkan semasa Bulan PSS. Program ini melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti yang diaturkan oleh PSS SMK Bukit Jalil. Selain itu,Aktiviti ini dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar.


Antara buku skrap yang dihasilkan

5)PERTANDINGAN KEMBARA ILMU(EXPLORACE)
Program ini adalah satu strategi untuk meningkatkan minat warga SMKBJ untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat untuk pencarian ilmu. Seterusnya menjadikan warga SMKBJ sebagai warga sekolah yang cemerlang, berkualiti dan berilmu.Program ini dijalankan di sekitar SMK Bukit Jalil pada tarikh yang ditetapkan semasa Bulan PSS. Program ini dapat memupuk semangat berkumpulan dan kerjasama dalam diri para pelajar. Selain itu, program ini melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti yang diaturkan oleh PSS SMK Bukit Jalil.


 
Pelajar mendengar arahan serta penerangan sebelum memulakan pertandingan


Para peserta mendengar arahan daripada pengawas PSS di salah sebuah checkpoint

Pelajar mendapatkan tandatangan daripada penjaga checkpoint setelah menyelesaikan tugasan di checkpoint tersebut.

Antara aktiviti atau tugasan yang perlu diselesaikan oleh para peserta Pertandingan Kembara Ilmu.

Peserta ditugaskan untuk membuat bakul menggunakan bahan terbuang yang boleh dikitar semula iaitu surat khabar.
.

Wednesday, 3 August 2011

Info Pusat Sumber Sekolah

Matlamat Pusat Sumber Sekolah
  •  Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  •  Membentuk golongan murid yang berilmu,kreatif dan  berdisiplin untuk membentuk sahsiah murid-murid
  •  agar dapat memainkan peranan yang positif.
  •  Membentuk profesion perguruan yang berilmu,dinamis,kreatif,inovatif dan berdisiplin untuk membantu
  •  pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan
  •  negara,bangsa dan agama.

Misi Pusat Sumber Sekolah
Berpadu tenaga menjadikan PSS SMKBJ cemerlang dan berkualiti dalam menjadikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai pusar penyebaran ilmu dan agen pengesanan maklumat yang efisien dan efektif.

Visi Pusat Sumber Sekolah
Melahirkan warga SMKBJ yang cemerlang dari segi akademik,kokurikulum,berdisiplin,berakhlak mulia dan berketrampilan seiring dengan era globalisasi teknologi maklumat.

Objektif Pusat Sumber Sekolah
  • Menyediakan pelbagai sumber bagi kemudahan warga SMKBJ.
  • Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber pengajaran dan  pembelajaran.
  • Meningkatkan profesionalisme guru.
  • Mengumpul,menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
  • Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.

Thursday, 28 July 2011

Ahli Jawatankuasa Tertinggi PSS 2011

Guru Penasihat
-Puan Aidahapini (Penyelaras)
-Puan Lee Huay Lin (Nilam)
-Puan Nor Sabiana (Bilik Media)
-Puan Siti Aida (Penyelaras Bestari)
-Puan Thien Ai Ping (Perpustakaan dan Bilik Media)
-Cik Rosmaniza (Keceriaan dan Data Nilam)


Ahli Jawatankuasa(Pelajar)
Pengerusi : Siva Sankarie
Naib Pengerusi I : Liyana Natasya
Naib Pengerusi II : Shahinaaz

Disiplin : Suhaila
Keceriaan : Nor Khairina

Promosi : Anis Hamizah
Pemprosesan Akhbar dan Majalah : Darien Goh
Bilik Media : Calvin Chow
Inventori: Ee Hui Min
Pemprosesan Bahan : Vinoshini